INFOMASI PSS

Sejarah Penubuhan Pusat Sumber SMKL
  • SMKL ialah sebuah sekolah di Daerah Setiu, Terengganu Darul Iman
  • Pusat Sumber SMKL dibuka pada tahun 2005
  • Terletak  49 km dari Kuala Terengganu dan 23 km dari Bandar Permaisuri
Lokasi PSS
 

VISI  PSS 
Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

MISI PSS

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat

 
MOTTO PSS
  
Pusat Sumber Sekolah Ke arah Kecemerlangan Budaya Ilmu



MATLAMAT PSS

  • Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
  • Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
  • Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
  • Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer.


OBJEKTIF PSS
  • Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
  • Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran. 
  • Meningkatkan profesionalisme guru. 
  • Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat. 
  • Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
  • Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar.

PIAGAM PSS

Kami warga Pusat Sumber dengan janji ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya berhasrat secara berterusan akan :

1.Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar.
2.Mengurus dan menyediakan perkhidmatan terbaik ke arah kecemerlangan pelajar
3.Mewujudkan iklam pusat sumber yang kondusif untuk pembelajaran
4.Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sanggup menerima sebarang pandangan dan cadangan 

FUNDSI DAN PERANAN PSS 
  • Pusat Sumber sekolah memainkan peranan penting untuk menawarkan kemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat .
  • Pusat Sumber SMKL akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan menawarkan sumber-sumber aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan